Kelas Presentation Skill Microsoft Powerpoint (Berpantun) & Tayangan Video Klik Dengan Bijak Sesi Mac 2019

11 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Mac 2019 yang lalu, Pusat Internet (PI) Semop telah mengadakan Kelas Basic ICT kepada peserta yang terlibat. Oleh itu, untuk Slot terakhir peserta dikehendaki mempersembahkan slide masing-masing iaitu slide pantun. Selain itu, peserta juga diberi Taklimat Klik Dengan Bijak yang bertempat di Bilik Belajar Pusat Internet Semop dari jam 2.00 hingga 4.00 Petang. Seramai 4 orang peserta yang berumur antara 20 hingga 36 tahun yang terdiri daripada surirumah, tidak bekerja dan bekerja sendiri.

Selain itu, tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memupuk penggunaan internet secara positif, mendedahkan para peserta dengan cara membuat pembentangan menggunakan slide powerpoint dan mendedahkan para peserta supaya yakin untuk berkomunikasi semasa berhadapan dengan orang ramai. Selain itu, menerapkan konfiden level seseorang dalam mempersembahkan slide akan memberi mereka kelebihan untuk berkomunikasi secara langsung atau tidak langsung dengan lebih yakin.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang terlibat dengan kelas Sesi Mac 2019. Semoga ilmu dan tunjuk ajar yang kami beri dapat dimanfaat dan memberi kelebihan kepada anda untuk kegunaan persatuan dan perniagaan. Terima kasih.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali